Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jaga Kesihatan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat

Jaga Kesihatan Dan Amalkan Gaya Hidup Sihat | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masalah penagihan dadah adalah isu yang sentiasa berulang. Sejujurnya masalah penyalahgunaan dadah ini tidak hanya bergantung kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sahaja, tetapi ianya menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat.

Sedar atau tidak salah satu elemen dalam kepulihan dadah adalah dengan menjaga kesihatan? Seperti orang lain, untuk menjaga kesihatan kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Banyak pandangan tentang gaya hidup sihat ini, walaubagaimanapun kita tidak boleh memandang sebelah mata keperluan gaya hidup sihat ini dalam rutin seharian hidup kita. Hari ini saya nak kongsi dengan korang 6 gaya hidup sihat yang korang boleh amalkan.





6 Gaya Hidup Sihat Sebagai Rutin Harian


1. MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN

Orang kata hidup sihat bermula daripada perutnya. Antara gaya hidup sihat adalah menjaga pemakanan. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan pemakanan seimbang. Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.


2. BERSENAM ATAU BERIADAH

Daripada pemakanan biasanya akan memberi kesan kepada badan kita, lebih-lebih lagi jika kita terlebih makan. Badan akan menjadi lemau dan malas. Bagaimanakah kita mahu melawan rasa lemau? Kita boleh melakukan senaman. Dengan melakukan senaman, jantung akan menjadi lebih sihat dan kuat. Sisa toksid akan keluar daripada badan kita melalui peluh. Senaman juga boleh membantu otot tubuh kita lebih kuat dan juga pengaliran darah juga baik.


3. MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH JUGA PERSEKITARAN

Rumahku Syurgaku. Selain makan dan bersenam, kebersihan tempat tinggal juga sangat penting. Pastikan tidak mengumpul sampah dirumah, cukup masa sila buang dalam tong sampah besar. Jangan malas ya, sehingga nyamuk pun boleh beranak-pinak. Anda perlu tahu, rumah yang bersih juga dapat memberi aura yang sihat kepada emosi kita sekeluarga.


4. MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN

Kita bukan hanya digalakkan membuat pemeriksaan ketika sakit sahaja. Kini bagi individu yang berusia 40 tahun ke atas telah disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Pemeriksaan awal dapat mencegah kepada penyakit menjadi lebih teruk dan rawatan boleh diberikan.


5. ELAKKAN PERBUATAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN

Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan mengambil dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkan punca penyakit sosial dan masyarakat, menjadi penghalang kepada pembangunan negara. Marilah kita meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, dan berusaha mengawal dan mencegah berlakunya kegiatan ini.


6. ATASI STRESS

Setiap individu ada masalah dan tekanan hidup masing-masing. Jadi kita perlu kenalpasti cara untuk atasi stress. Pelbagai punca boleh menjadikan kita stress antaranya masalah keluarga, kewangan, kerja dan sebagainya. Tekanan dan stress yang berpanjangan boleh menyebabkan kita menjadi marah atau panas baran. Boleh baca Cara Menguruskan Stress.


Kesimpulannya, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat.  Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibu bapa serta anggota keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Walaubagaimanapun, masih tidak terlambat untuk kita BERUBAH.

Post a Comment

0 Comments