Program Skuad Komuniti Siri 2/2025: Menggerakkan Komuniti Ke Arah Hidup Bebas Dadah

Pada 15 September 2025 (Isnin), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta telah berjaya menganjurkan Program Skuad Komuniti Siri 2/2025 yang berlangsung di Kelab Diraja Ipoh bermula jam 5.30 petang. Program ini merupakan kesinambungan usaha AADK untuk memperkukuh penglibatan masyarakat dalam misi “One Nation, Drug Free”.

Pelbagai Aktiviti Sepanjang Program

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi menarik minat dan meningkatkan kesedaran masyarakat, antaranya:


1) Taklimat Program – Memberikan gambaran keseluruhan mengenai inisiatif skuad komuniti.


2) Sembang Santai Bersama Ketua Unit Pencegahan AADK Kinta – Perkongsian mesra berkaitan cabaran dan langkah pencegahan dadah di peringkat komuniti.


3) Pocket Talk – Sesi ringkas tetapi padat dengan mesej penting tentang bahaya dadah.


4) Pameran Antidadah – Memaparkan maklumat, bahan edaran, serta info interaktif berkaitan kesedaran bahaya dadah.


5) Walkabout Bersama Ikon Antidadah – Membawa mesej pencegahan dengan lebih dekat kepada masyarakat.


6) Walking Message Bersama Ketua AADK Daerah Kinta – Inisiatif bersemuka bagi menyampaikan pesanan antidadah.


7) Flag Off “One Nation Drug Free Walk” – Simbolik komitmen bersama menuju masyarakat bebas dadah.


8) Kempen Pendaftaran Skuad Antidadah – Menggalakkan lebih ramai individu menyertai gerakan sukarelawan antidadah.

9) Edaran Risalah - Selain menyampaikan mesej bersemuka, pihak AADK Kinta juga mengambil peluang mengedarkan risalah jenis-jenis dadah kepada komuniti sekitar Bandaraya Ipoh.


Komitmen Bersama

Penganjuran siri program ini membuktikan betapa pentingnya peranan komuniti dalam membanteras isu penagihan dadah. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, AADK Daerah Kinta percaya bahawa mesej pencegahan lebih baik daripada rawatan dapat disebarkan dengan lebih meluas.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, sama ada sebagai peserta, rakan strategik, mahupun sukarelawan yang menjayakan program ini. Sesungguhnya, usaha membina generasi bebas dadah adalah tanggungjawab bersama.

Post a Comment

Previous Post Next Post