Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MAJLIS APRESIASI DAN HARI KUALITI AADK NEGERI PERAK TAHUN 2024

29 November 2024, Ipoh Perak | Pada petang ini AADK Negeri Perak telah menganjurkan majlis ini bagi menghargai usaha dan hasil kerja AADK Daerah dan PUSPEN Seri Iskandar bagi tahun 2024.

Majlis ini telah diadakan di Casuarina@Meru, Ipoh Perak bermula pada pukul 3.00 petang. Bertemakan pakaian hitam dan pink dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil dari 10 AADK Daerah dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Seri Iskandar.

Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak telah menyediakan dua puluh satu anugerah berdasarkan pencapaian AADK Daerah sepanjang tahun 2024 ini.


Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang Allah SWT kurniakan. AADK Daerah Kinta juga telah meraih 5 anugerah iaitu :

1. Anugerah Pengurusan Dokumentasi Terbaik Cawangan Penguatkuasaan & Keselamatan -
Tempat Pertama



2. Anugerah Pengurusan Terbaik Cawangan Pencegahan -
Tempat Ketiga


3. Anugerah Pengurusan Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) Terbaik -
Tempat Ketiga


4. Anugerah Pengurusan MTMD Terbaik -
Tempat Kedua

5. Anugerah Pelaksanaan KBT Terbaik -
Tempat Kedua



Semoga anugerah ini menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan tugas dan amanah dalam perkhidmatan.
---------------------------------------
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Post a Comment

0 Comments