Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PROGRAM SUKAN DAN RIADAH

 
IPOH,10 Ogos: Unit Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK Daerah Kinta telah menjalankan Program Sukan Dan Rekreasi 'Sukan Rakyat'. Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan kepada 5 Kumpulan yang dipimpin oleh Pegawai-pegawai dari unit Rawatan dan Pemulihan AADK Daerah Kinta.

Program kemudian diteruskan dengan menjalankan beberapa permainan tradisional seperti boling padang,batu seremban, dan congkak.Selain itu program kibarkan Jalur gemilang juga dilaksanakan sempena sambutan bulan kemerdekaan. 

Program telah dijalankan di Ruang Legar,Blok B Bangunan Persekutuan Greentown dengan melibatkan seramai 45 orang klien yang terdiri daripada Klien wanita. Majlis penutup telah diakhiri dengan ucapan ringkas oleh En Al-Khawarizme Bin Mohamed Zawawi Pegawai Pemulihan AADK Daerah Kinta dan sesi penyerahan cenderahati kepada Klien.Program telah berakhir pada jam 12.20 Tengahari.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM DAN SETUHAN KREATIF HASIL TANGAN DARIPADA KLIEN RAWATAN DALAM KOMUNITI AADK DAERAH KINTA











Kredit _ Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan AADK Daerah Kinta




Post a Comment

0 Comments