Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Program Bersama Penggerak Komuniti Mukim Ulu Kinta

29 Ogos 2023 (Selasa) | Program Bersama Penggerak Komuniti Mukim Ulu Kinta.


Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah :
1) Taklimat Program
2) Walking Message
3) Sembang Santai
4) Sesi Soal Jawab
5) Edaran Poster AADK
6) Pameran AADK
7) Kuiz
8)Penyampaian Sijil
9) Sesi Bergambar
Program Bersama Penggerak Komuniti bagi Kawasan Berisiko Tinggi Mukim Ulu Kinta telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Ulu Kinta dan Ahli Skuad AADK Daerah Kinta.

Penglibatan peserta terdiri daripada Ahli-ahli KRT Kawasan Tambun, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid, persatuan penduduk dan komuniti di Kawasan Tanjung Rambutan.
Program ini dilaksanakan selaras dengan usaha untuk membimbing komuniti untuk memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab bersama dalam usaha menangangi masalah pelencongan sosial dan meningkatkan kesedaran komuniti tentang bahaya penyalahgunaan dan penagihan dadah di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT)

Program sembang santai ini juga diadakan untuk menyantuni semua pemimpin komuniti dan berkongsi maklumat berkaitan pencegahan menerusi perkongsian oleh Encik Azman Bin Hashim iaitu Ketua AADK Daerah Kinta sebagai panel sembang santai tersebut.
Turut hadir sebagai panel ialah Puan Puteri Adni Binti Noor Mohammad selaku Ketua Unit Rawatan,Perubatan & Pemulihan AADK Daerah Kinta.





PENGHARGAAN


1.PEJABAT PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL DAERAH KINTA 2PEJABAT PENGHULU MUKIM ULU KINTA 3.PEJABAT PENGHULU MUKIM LAHAT 4. KRT BATU 5 & 6 TAMBUN 5.KRT TAMAN PERPADUAN KOPERASI 1 6. KRT KG.MELAYU BATU 8 7. KRT TAMAN SERI TANJUNG 8. KRT KG.LAHAT 9. PEJABAT PARLIMEN TAMBUN 10. KRT TANJUNG RAMBUTAN 11. KRT BATU 4 TAMBUN 12. KRT BANDAR BARU PUTRA 13. KRT KG.BATU 8/VILLA MDP/BBP 14. JAWATANKUASA MASJID AL-ITTIHADIAH 15. JPKK KG PENGKALAN PEGOH 16. KRT KG.CHEMPAKA SARI 17. JPKK TAMAN MALAR 18. JAWATANKUASA SURAU AL-MAKMURIAH TAMAN MEWAH
















Post a Comment

0 Comments