Kempen Anti Tabiat Demi Kesejahteraan Superhero Kecil | Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jelapang telah menganjurkan satu kempen yang melibatkan tiga agensi iaitu AADK Daerah Kinta, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kempen ini bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang pentingnya mencegah penyalahguna dadah, sekali gus melahirkan generasi muda yang bijak, berdaya tahan dan bertanggungjawab. Usahasam ini penting untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dikalangan murid-murid serta selamat demi kesejahteraan masa depan.
Kempen Anti Tabiat Demi Kesejahteraan Superhero Kecil
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta telah menyertai empat lokasi sepanjang kempen ini berlangsung iaitu mengikut tarikh berikut :
TARIKH |
SEKOLAH |
12 Disember 2024 |
SJK © Yuh Hua, Ipoh Perak |
13 Disember 2024 |
SJK © Jelapang Ipoh Perak |
16 Disember 2024 |
SJK © Wan Hwa 2, Menglembu Perak |
20 Disember 2024 |
SJK © Papan, Pusing Perak |
Ceramah Dan Pameran Antidadah
AADK Daerah bukan sahaja hadir menyampaikan ceramah tetapi diadakan juga pameran untuk murid-murid sekolah. Ceramah antidadah telah disampaikan oleh Puan Leong Ya Ting, Ketua AADK Daerah Kinta dalam Bahasa Cina.




No comments:
Post a Comment