Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JALINAN KERJASAMA KETUA AADK DAERAH KINTA BERSAMA IKON ANTIDADAH


Assalamualaikum wbt & Salam Malaysia Madani
𝗝𝗔𝗟𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗔𝗔𝗗𝗞 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗡𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗞𝗢𝗡 𝗔𝗡𝗧𝗜𝗗𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗜𝗡𝗧𝗔
Tarikh : 18 Mac 2024 ( Isnin )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pejabat Parlimen Ipoh Timor, Perak
Puan Leong Ya Ting, Ketua AADK Daerah Kinta bersama pegawai dan kakitangan Unit Pencegahan Daerah Kinta telah hadir ke Pejabat Parlimen Ipoh Timor atas tujuan perbincangan jalinan kerjasama dan dalam masa yang sama memperkenalkan diri sebagai Ketua AADK Daerah Kinta yang baharu.
Perjumpaan bersama Encik Mohamad Norriduan Bin Mohamed Idrus Mohamad Norriduan Mohamed Idrus yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Pasir Puteh, Ipoh merangkap Ikon Antidadah Daerah Kinta ini adalah bertujuan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan program-program yang bakal diadakan.
Antara pengisian perjumpaan kali ini adalah;
1. Taklimat Ikon Antidadah dan SKUAD Antidadah daripada Puan Leong Ya Ting.
2. Perbincangan berkaitan takwim program sepanjang tahun 2024.
3. Pendaftaran Ahli SKUAD Antidadah
4. Menampal poster di premis
5. Rakaman video bersama Ikon Antidadah Daerah Kinta
____________________________________________________________________
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Post a Comment

0 Comments