Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ini Min ingin berkongsi beberapa program yang telah dijalankan bersama Skuad Antidadah Daerah Kinta sepanjang tahun 2024.
Sebelum itu Min kongsikan kembali apakah itu SKUAD ANTIDADAH?
JOM SERTAI SKUAD ANTIDADAH DAERAH KINTA

1. 𝑨𝒑𝒂 𝒊𝒕𝒖 𝑺𝑲𝑼𝑨𝑫 𝑨𝒏𝒕𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒉?
SKUAD Antidadah merupakan satu entiti kesukarelaan Agensi Antidadah Kebangsaan. Perkataan SKUAD merupakan akronim atau singkatan kepada SUKARELAWAN ANTIDADAH . SKUAD Antidadah merupakan penjenamaan baru kepada sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti berbentuk anti dadah di dalam kawasan atau komuniti masing-masing.
2. 𝑨𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒏, 𝒕𝒖𝒈𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉𝒂𝒏 𝒂𝒉𝒍𝒊 𝑺𝑲𝑼𝑨𝑫 𝑨𝒏𝒕𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒉?

Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat.

Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah.

Berpeluang menyertai program-program yang dijalankan oleh pihak AADK.

Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

Tambah nilai 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝗿 anda kepada masyarakat.
3. 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒕𝒂𝒊 𝑺𝑲𝑼𝑨𝑫 𝑨𝒏𝒕𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒉?

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun

Berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan adalah dipelawa untuk memohon.
4. Cara menyertai SKUAD Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kinta Skuad Anti Dadah Kinta Official

Sila lengkapkan borang keahlian di link dilampirkan.
PROGRAM BERSAMA SKUAD ANTIDADAH DAERAH KINTA 2024
1. MESYUARAT SKUAD ANTIDADAH BIL 1/2024 AADK DAERAH KINTA
Tarikh : 10 Jun 2024 (Isnin)
Tempat: Bilik Cempaka Aras 3, Blok C, Bangunan Persekutuan (Greentown)

2. PROGRAM SKUAD BELIA AADK DAERAH KINTA DENGAN KERJASAMA RUNNER TANPA SEMPADAN, LARIAN SANTAI ANAK MUDA BENCI DADAH
Tarikh : 26.07.2024 ( Jumaat)
Tempat: Perkarangan Stadium Negeri Perak
Masa: 8.00 mlm
Aktiviti:
1. Taklimat Program oleh Biro Sukan Skuad Daerah Kinta En Kamal Syukri
3. Taklimat Keselamatan dan route Fun Run oleh Pengasas Runner Tanpa Sempadan Putra Holicx
2. Bacaan Doa oleh Pengerusi Skuad Daerah Kinta En Muhd Hersyan
3.Edaran risalah
4.Kempen Skuad Antidadah dan Pendaftaran Ahli Skuad Antidadah Daerah Kinta

3. PROGRAM SKUAD ANTIDADAH-KOMUNITI
Tarikh: 29.06.2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi-1.00 ptg
Tempat : Maahad Darussalam Tambun ( KBT Pengekalan)
Aktiviti:
1. Sukaneka Ahli SKUAD dan anak yatim
2. Gotong Royong -pemimpin komuniti, pegawai kakitangan AADK Daerah Kinta, Ahli SKUAD dan klien RPDK
3. Sesi Sharing Session
4.Pameran statik antidadah
5. Edaran risalah

4. LAWATAN IKON ANTIDADAH DAERAH KINTA DAN SKUAD AADK DAERAH KINTA KE PARLIMEN MALAYSIA
Seramai 18 orang ahli SKUAD disertai para Pegawai AADK Daerah Kinta telah berpeluang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YB Howard Lee Chuan How Ahli Parlimen Ipoh Timur
Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami proses perundangan negara, memahami tatacara persidangan, dan melihat sendiri bagaimana dasar negara digubal di institusi tertinggi ini.

5. PROGRAM KOMUNITI BEBAS DADAH - SKUAD KOMUNITI DENGAN KERJASAMA TRASH HERO DAERAH IPOH
Tarikh: 20 Oktober 2024 (Ahad)
Tempat: Bulatan Amanjaya Meru
Masa: 830 pagi

6. PROGRAM BERSAMA BELIA KBT PERINGKAT DAERAH KINTA
Tarikh: 28.09.2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan KRT Kg Batu 5, Pengkalan Baru .

PENDAFTARAN SEBAGAI SKUAD ANTIDADAH
Dijemput kepada semua warga Daerah Kinta yang memenuhi syarat diatas untuk mendaftarkan diri. Pencegahan dadah adalah tanggungjawab bersama. Misi memerangai dadah memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment