Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Relapse Prevention Pemulihan Di Dalam Komuniti

 Relapse Prevention Pemulihan Di Dalam Komuniti


APAKAH MAKSUD RELAPSE

Relapse merupakan satu proses dan peristiwa yang dialami oleh seseorang. Relapse adalah proses pengaktifan semula untuk menggunakan bahan terlarang yang pernah digunakan sebelum ini. Relapse boleh dilihat pada tingkah laku dan ianya adalah proses dalaman. Proses relapse berakhir dengan kembali kepada sikap dan tingkah laku yang sama seperti keadaan semasa mengambil bahan terlarang dahulu.


OBJEKTIF PROGRAM RELAPSE


Memboleh klien berinteraksi dengan klien lain dalam kepulihan

Mengingatkan klien kepada permasalahan dalam kepulihan dan tanda-tanda relapse

Memberikan klien strategi dan kaedah yang boleh digunakan bagi mengekalkan kepulihan.


MENGAPA PROGRAM RELAPSE PERLU DILAKSANAKAN

Mencegah kejadian awal relapse dan mengekalkan matlamat bebas dadah

Menyediakan plan pengurusan lapse atau kemahiran bagi mengelakkan terjadinya Relapse

Mengenalpasti faktor relapse anda

Menggunakan strategi daya tindak kognitif dan tingkah laku bagi mengelakkan relapse


KEPENTINGAN MENGENALPASTI RELAPSE

Supaya setiap orang tahu mereka mampu dan boleh mencapai tahap BEBAS DADAH

Mampu mengekalkan bebas dadah dan pulih

Kadangkala Relapse berlaku berulang kali dan merosakkan

Percaya bahawa Relapse boleh di atasi


FOKUS APA YANG KORANG PERLU BUAT UNTUK ELAK RELAPSE


Mempelajari dan mengakui tentang penagihan korang dan mewujudkan rasa perlunya bebas daripada dadah.

Membina jaringan baru dan menyokong kepulihan sepanjang hayat.

Membina gaya hidup berasaskan pemulihan.

Meletakkan diri dalam  keadaan selamat. Pastikan korang bersih daripada mengambil dadah lagi.

Post a Comment

0 Comments